Cipta Kejayaan Besar Melaui Perniagaan Online

Inilah keyakinan yang dipegang oleh ayah anak empat Shahrul Nizam Baharuddin 32, dari Taiping Perak, merupakan Usahawan Online Perak yang berjaya dalam mengubah nasib keluarga.
“Bila saya fikir usia anak semakin meningkat ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin mencabar saya mula mengintai peluang berniaga secara online.

“Semenjak itu saya mula menjalankan pernigaan online seperti menjual produk-produk Gadget iaitu alat mengecas telefon bimbit yang juga boleh memantau tahap bateri kereta dan juga jam digital bukan hanya jam biasa, namun ia mampu membaca & memantau tahap kesihatan (Health & Fitness Smart Bracelet) dan pelbagai lagi produk-produk gajet yang lain.
“Setelah dua tahun menjalankan bisnes online, banyak ilmu yang saya pelajari dan sangat luas pengalaman dapat diperolehi seperti bagaimana mahu memasarkan sesuatu produk, melayan karenah pelanggan serta tahu apa kehendak masyarakat yang sentiasa berubah-ubah selera.
Sejak menjual produk ini secara online, Shahrul Nizam bersyukur walaupun terdapat banyak cabaran dan tekanan dalam menjalankan perniagaan bagaimanapun ia telah banyak membawa perubahan yang baik dalam hidupnya sekeluarga.
Banyak keselesaan dan kesenangan hidup yang dinikmati oleh Shahrul Nizam serta keluarganya semenjak menjalankan perniagaan Gadget hanya secara atas talian ‘online’.
“Kejayaan ini membuatkan saya mahu berkongsi dengan ramai orang. Percayalah, anda boleh membuat keuntungan dan membantu untuk menjana ekonomi keluarga, hanya perlu berbekalkan niat, doa dan usaha yang tak pernah kenal erti putus asa disamping sentiasa menimba ilmu-ilmu baru dalam perniagaan.
“Kita perlu menggunakan peluang pemasaran online sepenuhnya, kerana media sosial online dalam negara kita adalah sangat aktif dan ini merupakan peluang yang besar utk menjalankan perniagaan secara online” katanya.
Sumber : https://peraktoday.com.my/2017/06/cipta-kejayaan-besar-dengan-perniagaan-online/

Comments
Post a Comment